Pages

Apr 6, 2012

Haish , tak payah la pasrah sangat ?

''Oh aku pasrah je dapat markah apa pun, aku kan tak pandai ''

''ahh, aku redha je la gane pun, janji aku boleh hidup''

Jangan lah salah gunakan term semua tu.
Jangan nak jadikan alasan Allah dah tentukan semuanya
sebelum kita yang makhluk Allah ini belum tahu kesudahannya .
Padahal banyak je yang macam tak nak usaha pun .
Alih-alih guna je aku pasrah je .. aku redha..
Usaha lah sikit. (macam cakap kat dri sendiri)

Walaupun memang setiap yang berlaku Allah dah tentukan .
Allah pandang usaha hambaNya.
Kalau gagal dengan usaha yang tinggi melampai .
Jangan gusarlah , mungkin belum sampai waktunya
kita nak dapat kejayaan tu .
And gunalah pasrah redha ke . 
Sebab usaha kita ;)

p/s: saya berdoa agar Allah akan bukakan pintu hati saya..
macam kawan yang lain..;)


Feb 24, 2012

Aku tak mahu lemah lagi.

SALAM .

Seriously aku baru sedar yang orang sekeliling banyak anggap aku lemah . Lemah macam mana?

Macam gadis lemah yang asyik kena bergantung dekat orang , yang orang rasa kesian nyalah budak ni . Nak kena tolong itu ini . Sungguh aku sangat rasa macam oh Allah.... ini ke tanggapan orang semua selama ni. OK, macam kecoh je kan .Tapi sapa suka kalau dipandang macam insan yang sangat lemah ? Awak awak suka ke? Tak kan ;)

Ye. Aku ngaku aku selalu mengharapkan bantuan orang especially kawan-kawan aku . Aku macam malas nak pikiaq sendiri. Malas nak serabut ada masalah macam-macam . Kalau aku jadi depa mesti lama-lama bosan jugak kang dengan budak ni --'' sosbsob. Nak cakap dengan budak melayu yang tak kenal pun berat mulut apa lagi dengan orang-orang arab kat sini . Passs terus kat kawan ' weh ko tolong cakap laaaa, dia tak paham aku cakap pa' .

Ok. sangat malas . Allah . Terima kasih , kerana akhirnya aku dapat jugak tahu apa yang orang anggap pasal aku, walaupun tak semua anggap camtu . Maybe . Entry ni macam nak luahkan perasaan je kan . Ok memang sebab aku rasa bersalah asyik susah-susahkan kawan aku . Jahatlah aku ni :') Padahal Allah dah kurniakan tangan kaki otak dll yang sempurna untuk aku tapi aku masih malas nak berdikari .

Teringat plak kawan aku de cakap time kitaorang sembang-sembang . TOPIKnya macam manalah anak ko dengan ko nanti ye? Ok, sampai time aku . Terdiam yang lain . Aku tahu kenapa . Sebab aku lansung tak boleh nak berdikari padahal umur aku dah 20 tahun dan belajar dekat Jordan yang jauh ni . Aku akan usaha untuk berubah . Inshaallah . Perubahan mungkin ambik masa yang lama, tapi tiada yang mustahil kalau Allah dah tentukan begitukan . ini bukan angan-angan mak jenin lagi . Akan jadi nyata . Usahalah wahai diri .

BTW, untuk seseorang , mungkin aku tak mungkin jadi kawan ko tapi aku akan belajar sampai aku boleh jadi pandai macam ko . inshaallah STUDY ! ^^

motif tak gambar ni? chantik . Tenang je. Harap hati aku at least mampu jadi setenang korang ada kat tempat mcm ni sambil dengar ayat Al-Quran . Ok, over ^^

NEVER GIVE UP . Takde apa yang terlambat selagi nyawa masih dibadan .
salam alaik . syukran jiddan for reading ;)



Feb 6, 2012

Allah..mampukah..

 ''jadilah wanita yang tidak memandang dan tidak dipandang. sungguh, wanita solehah adalah wanita yang dibibirnya tidak meniti nama seorang adam pun dan namanya tidak juga meniti di bibir seorang ada .''

mungkin susah untuk orang yang mata suka melilau ke sana ke mari macam saya . bila bibir asyik nak komen bila nampak orang lalu lalang padahal orang tu tak cari pasal pun dengan kau sakurara . ( monolog )

saya malu dengan diri sendiri . seriously . terimalah sajak hentam dari saya yang serba kekurangan ini .

wahai mata ,
mengapa dibazirkan nikmat ini ,
bukan Al-Quran yang kau tatap,
tapi jejaka pujaan yang kau pandang
tak kelip-kelip.

wahai bibir,
mengapa tidak selalu kau basahi,
dengan zikirullah..
mahupun nasihat yang tak ternilai..
tapi bibir ini tetap mahu
berkata perkara yang sia-sia.

wahai tangan,
mengapa tidak kau
buat benda yang lebih baik.
dari ''bermesetan'' dengan sang ikhwan..


ya ya . mengapa tidak . sajak spontan dari saya . lahir dari hati yang sesal berbaur tangan yang kurang kreatif.

itu saja . doakan yang terbaik untuk saya yang sedang mencari redhaNya . doa saya buat kalian juga. ehem. malu T_T tak terfikir buat entry guna ayat macam ni. hihi . mood entry amat baik ye hari ni ^_^



lai lai gadis-gadis yang disayangi ~

entry yang hanya memakan masa 5 minit ..banyak kekurangan maaf ~

Jan 27, 2012

maaf, dengan rela hati aku jauhkan diri dari kau ;)

Salam.

Kalau boleh nak buat tajuk lagi panjang..  Huish, tadi masa  belek-belek post lama, rasa macam . Eih, budak-budak gila ayat post lama-lama, gambaq semua tak boleh blah, besaq gedabak je semua . Maaf gambaq semua zaman budak-budak kurang matang, zaman myspace . Harap jangan di kutuk . Doakan saya yang tak sesempurna anda ni berubah ke yang lebih baik ye, inshaallah .

Ok, balik kepada tajuk post yang panjang berjela . Ibaratkan lah ini bukan kisah aku.

Ananara : hurm. aku rasa aku dah jatuh hati lah dengan 'huhutata' . Die baik sangat..


Sukiki : oh ya ke ? Tapi apasal kau block dia? Kata dah jatuh hati.


Ananara :  Sebab aku takut bila aku terus jatuh cinta pada dia..cinta aku pada Allah akan terganggu... ( ayat ni ubah sikit dr drcintaaaapunyablog ^^ , thanks dr cinta)


Sukiki : Eish, kau ni sampai ke situ..kan dia baik , mesti kau pon boleh jadi lagi baik pasni? Dah macam Ustaz Don Jordang kot. 


Ananara : Dia baik tapi aku yang kurang baik . Aku akan usaha untuk jadi yang baik bukan sebab dia, tapi sebab Allah. Kau doakan aku ye  ;)


Sukiki : Ok lah kalau kau kata macam tu, inshaallah. Satu hari nanti Allah akan hadiahkan kau putera yang soleh untuk kau..Pasal 'huhutata' kalau ada jodoh kau dengan dia, tak kemana . ;)


Ananara : Amin. Mekasih .

mesti korang pelik kan apesal budak ni buat dialog jiwang tibe-tibe ni? ni kisah aku ke? again. biarlah rahsia..

nak jadi baik nak jadi solehah biarlah hati kita ikhlas . Aku teringat kata-kata seorang sahabat, buat semua benda kerana Allah . Inshaallah , hati kita akan ikhlas sentiasa . Lagi satu kalau kita nak pasangan yang soleh kemain ? Kita kena tengok diri sendiri, cukup solehah ke kita ni (katakatdirisendri, jangan terasa T.T) .

Teringin pulak nak share satu quotes yang sangat  awesome .  terbaca dekat blog gadis manis .

''Single? Allah is looking at you right now and saying ' I am saving this person for someone special' "

Sebelum tuh, nak kongsi sepotong ayat dari surat cinta Allah ( Furqan /Al-Quran)


A005

Allah akan memimpin mereka yang berjuang (ke jalan mendapat sebaik-baik balasan) dan menjadikan keadaan mereka baik dan berguna (di dunia dan di akhirat)
(Muhammad 47:5)


k,lah bububye ~ thanks sudi baca ;)

Jan 26, 2012

Bila Jalan Jordang ;)

Salam .

 Maafkan ya . lama gila tak conteng dekat blog yang tak berapa nak cantik ni , bukan malas, terlupa password . Tu lah buat lagi password panjang2 T_T. Tiba2 hari ni bila bukak blog , boleh pulak. Alhamdulillah .

   Masuk hari ni, dah 4 bulan dekat bumi yang penuh barakah ni, Jordan . Semalam baru habis pusing satu Jordan @ Jaulah Jordan . Bestt ! Boleh kenal orang yang berlainan takhasus ( course ) . Diorang kebanyakkannya belajar agama . Fuh . First impression dekat diorang , baik2 belaka , mesti tak berapa nak masuk ni.Rupanya ada je yang sekepala.

  Tahulah sikit2 pasal sejarah islam dekat Jordan ni. Untuk yang minat nak kenal  sejarah islam dengan lebih dekat dengan makam para sahabat nabi, Petra, Jerash, Laut Mati etc . Please come here , banyak boleh anda tahu . okep ayat skema ^_^ Cuba kalau datang sekadar nak ambik gambaq, kuranglah ibrah( pengajaran) yang kita dapat . Aku kata kat diri aku sendiri . T_T Banyak je tempat shoping kat sini, yang boleh buat si kaki shoping gila , dari Mall untuk orang kaya-kaya sampai la ke China Town ( jual barang cina, orang cina yang jual , sangat murah . terexcited.. )

  Untuk entry ni nak cerita pasal Laut Mati atau lebih dikenali Dead Sea oleh omputih . Aku cerita yang ringkas je la. Aku tahu korang mesti malas nak baca panjang-panjangkan , hehe . Laut Mati ni depannya Israel, kagum aku bila teropong Israel . Chantik, hasil ambik tanah Palestin . moga satu hari nanti pemimpin-pemimpinnya pulak berperangai chantik, inshaallah . Sebenarnya Laut Mati ni tasik tapi panjang ...sepanjang jalan tu boleh nampak Laut Mati . Tempat yang paling rendah dekat dunia ni Laut Mati lah which is 418 m bawah aras laut dan paling masinnnnnnnnn di dunia . Kalau tak silap 8 kali masin dari laut biasa . Memang masin sampai kat tepi-tepi pantai tu... banyak ketul-ketul garam yang cantik, kuasa Allah... subhanallah . Takde hidupan , burung pun takut nak lalu....


  Dipercayai boleh ubatkan sakit kulit . Mungkin betul kalau di izinkan Allah... Kisah dekat sini ialah Kaum Nabi Luth r.a yang enggan beriman kepada Allah.. dan mengamalkan homoseksual . Setelah dakwah dan usaha baginda tidak berhasil, maka berdoalah Nabi Luth a.s supaya ditimpakan bencana terhadap kaumnya yang sudah melampaui batas.

Maka Allah mengutuskan malaikat untuk membalikkan bumi Sodom sekaligus menghancurkan seluruh kaumnya.
Firman Allah di dalam Surah Hud ayat 82 :
2. Maka apabila datang (Masa perlaksanaan) perintah kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus Segala Yang ada di muka buminya) dan Kami menghujaninya Dengan batu-batu dari tanah Yang dibakar, menimpanya bertalu-talu.
Ni secara simple nye lah, yang aku dapat masa jaulah . Yang lebih mendalam baca sini atau boleh tanya pak cik google yang baik hati ;) kadang-kadang dengan tahu kisah-kisah macam ni buat diri rasa lebih dekat dengan Sang Pencipta... Inshaallah entry lain, banyak gambaq sikit, tak dan nak upload :p

Thanks baca, bububye !

Mar 3, 2011

Ari ni cek rasa mcm NAK SENGIH SEPANJANG HARI xD



Salam. hihihihihihihiiiiiiiiiiiiiiMyEm0.Com siyes skrg tgah senyum lagi tau. HAHA, over betoi la cek rini . diriku terasa bagai di awangan-awangan . kalah keseronokan masa amik SPM tahu dak??? OVER lagi di situ.. awat plak dah hepi?????? mana taknya cek lulus jgak akhirnya LESEN P! what the hell budak ni?? dapat lesen pun kecoh . rilek lu ;p hampa semua tak tau kesusahan kepayahan cek nak dpt lesen ni. sob sob. tachinkkk la pula..

5 kali beb????? ulang balik.. 5 KALIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII !!! pecah rekod kat tepeng kot , haha. bangga tak terhingga cek dengan rekod tersebut . hish hish, memalukan keluarga ja ! tapi apa-apa pun cek nak ucap THANKS sgt2 kat org2 tertentu



1. org pertama mestilah bapak cek yang banyak kluaqkan duit, teharu anakmu ini. sampai masa nak amik test pun, ase teharu sampai nak nagis. bohong . tapa2, nanti bile dah jadi doktor adik beli keta BESAR punya kat abah , tapi bulan2 abah bayo la kan k.. kih3 . sayang abah~

2. seterusnya kat roomate sy, FATIN AMIRAH BINTI OMAR ! :D cik gigi , terima kasih, awk buat saya teharu . kih3. walaupun lambat baca post 'P' awk tu.. tpi bile dah baca pergh rasa lagi panjang senyuman manis saya ni, haha . nanti sya belanja resipi rahsia k , kite jalan2 lagi kat MARKET MARHATTAN( saya pun xpnah pi jgak, =p)


3. kat aiman . haa. sedara cek hat sorg ni dah janji semalam . ' kalu aku lulus ang belanja gi COSMO WORLD naa' kata cek yang tak malu . ' ok ok, tapi tunggu aku dapat keja ,' . YAHOO . tak kesah la, tapi cek tuntut jgak nanti. x puas nak men kat COSMO WORLD lagi . tak pun sunway jom, kih3.best best~


4. yang terakhir mestilah dekat PAK CIK JPJ . i lebiu lah pak cik. U rock ~ haha, tade kena mengena ~ tanpa pak cik , tada la lesen P saya !=p

k,la. kena pi buat keja. baru la pueh hati nak buat keja lain . =))))) sengih tak henti ...

Feb 25, 2011

yey  cuti !!!!!
tapi cuti ni tak ley men2.
ada xzam... pas cuti.
kena guna masa elok elok.


cis, dah byk kawan ak tau blog ni !!
cubit kang depa ni..
maluuuuuuuuuu. Hish..
pasni kena wat ayat BAIK-BAIK SIKIT .

k,la. salam =)