Bismillah.
Pernah tak korang rasa sujud yang sangat mengetarkan jiwa, bila korang rasa
yang ada waktu itu hanyalah aku-DIA sahaja . Susahkan nak dapat khusyuk..
Selalu bila waktu susah...waktu nak mintak sesuatu dari-DIA lah.. pulun kita nak
menagissokseksoksek. (mungkinguejeselalumacamni). So , bila dah dapat rasa solat
yang sangat osem.... Sampai bila-bila pun tak mungkin mampu nak lupa..InshaALLAH.
Kisah yang terosemm untukku...
Semuanya start bila aku join bercuti summer dgn kekasih2 hati.. Pergi UK & Paris..
First time pergi cuti dengan kawan2..excited terlebih2 lah jadinya..
biasalah anakmamaabah la katakan.. XD Kalau nak cerita pasal holiday yang
sangat sweetlovely tuu maunya terpatah jari ni.. Maybe next time ! hehe.
*Biladahjadiceritabasi..*
Nak dijadikan cerita kitaorang dari UK nak ke Paris tuh.. kitaorang naik Bus...
Dekat station bus tu.. kitaorang cuba nak cari tempat yang agak tersembunyi nak solat..
Tapi... hampeh..semua tempat.. terbuka ! So kitaorang pun hampar je sejadah depan pintu
kecemasan.. yang rasanya jarang orang nak bukak.. Guna kiblat yang application-android
baik hati tunjuk..
Solat lah.. dengan kadar yang agak segera... Dengan semua mata tumpu kat kitaorang .
Biasalah.. Jaranglah diorang nak tengok kita solat... 'Dammpp...' tengah2 solat.. pintu
kecemasan tu terbuka..Terbantut solat kami.. Ada seorang uncle...yang sangat sweetlagiperkasa.. dan yang paling melebarkan senyuman.. berkopiah.. He's a muslim !
He said ' Why you pray here..By the way this is not the right qiblat.. You can pray in the office..
Follow me..' lebih kurang.. Maaf bahasa rojak... kahkah.. Sebenarnya.. kitaorang dah pergi je
office tuh.. Siap tanya pakcik jaga office tu.. boleh tak nak tumpang solat.. Tapi lansung tak
dilayan.. Sedih...Takpa.. mungkin tangapan pak cik pada islam salah..
Bila kitaorang masuk dalam office tu dengan uncle sweet tadi tu.. :P
Orang office tu terus kata 'NOOO!' . And guess what ! Diorang hampir-hampir nak gaduhsakan..
sebab pak cik tu tak nak bagi solat dalam tu ! Nampak sangat pak cik tu tak suka... dengan
agamaku ini... Redha lagi..
Ternganga sebentar bila si uncle tu cakap 'Im your supervisor ! Just let them pray here! They will not
disturb your work !' . Terharu pun ada.. Ada lagi adegan2 yang sangat menambahkan rasa kagun
dekat uncle sweet. ALLAH , dia sangat nak pertahankan islam ! How i miss that scene.. T_T
Waktu tu rasa macam apa yang aku ni dok buat selama ni. Dok goyang kaki doploh empat jam bersuka
ria. Mana keberanian aku untuk islam .
Lepas tu... kitaorang pun solat lagi sekali... Dan itulah Sujud yang paling mengharukan... Sampai
rasa hati yang terketar2 tu pun kuat sangat... bukan sebab takut.. tapi rasa yang susah nak jelaskan..
Betapa bertuahnya kita.. dijadikan islam...Duduk dalam kalangan islam.. boleh solat dengan bebas..
Sungguh , rindu sujud sebegitu lagi.. Moga ALLAH hadiahkan lagi.. ;')